BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 28 March 2011

KULAAN NIRING NAPA TAKURIHING

Sunday, 27 March 2011

asal usul

FAKTA
Mengikut sejarah kaum Banjar di Malaysia berasal dari beberapa tempat di Kalimantan Indonesia. Mereka berhijrah ke Malaysia(TANAH MELAYU) pada awal abad ke 18. Mereka mempunyai kemahiran dalam pertanian dan juga pertukangan emas, sedikit dalam perniagaan. Kaum Banjar menjadikan institusi kekeluargaan sebagai penting dalam kehidupan dan agama Islam sebagai pegangan yang kuat. Tidak hairanlah ramai bijak-pandai Islam masakini dan dahulu dipelopori oleh kaum ini. 
Kaum Banjar dapat dikenali melalui warna kulit sawo matang agak keputih-putihan dan mempunyai kelopak mata yang agak sepit. Mudah senyum dan peramah tetapi agak berhati-hati dan pendiam apabila berada dalam kumpulan bukan Banjar.     
Di Malaysia kaum Banjar ramai tinggal kawasan Bagan Serai, Sungai Manik, Teluk Intan dan Parit Buntar di Perak. Di Selangor pula Banjar ramai tinggal di Sungai Besar, Sekincan dan Sabak Bernam. Di Johor ramai kaum ini boleh didapati di Batu Pahat.